Wednesday 21 March 2012

Petua Kekal Cantik & Sihat Cara Islam

"Wah Cantiknya awak!!!! ", tersipu malu si gadis sunti bila dipuji...

"Alhamdulilah, segala puji bagi Allah S.W.T", begitu indah ciptaanya..

"Wanita/perempuan terlalu sinonim dengan cantik, tapi bagaimana nak cantik mengikut petua/cara ISLAM"????

Now TUKANG CERITA nak share petua yang boleh korang guna pakai (petua ikut Islam)...

1. Cuci Wajah 5x Sehari - untuk memastikan wajah anda kelihatan segar selalu,berseri-seri dan cantik. cucilah wajah dengan air wuduk (kira ikut waktu solatlah) . Air Wuduk tu korang jangan lap, biarkan jer kering sendiri. lepas tu solat lah yerk :)

2. Bersenam untuk elak stress - Bersenam melalui solat, ok bila korang semua solat, setiap pergerakan itu boleh diketegorikan senaman. x perlulah nak berlari ker,berjalan ker, or wat aktiviti di gim.

3.Rahsia bibir cantik - korang hanya perlu bisikan kalimah2 Allah, tidak berbohong,atau menyakitkan hati orang lain dan juga tidak sombong atau takbur.(sure korang x perlu membazirkan duit beli alat mekap)

4. Dikenali dan disayangi - kalau korang nak ramai orang sayang,suka atau windu (????) , rajin-rajinlah mengucapkan salam kat semua orang,selain tu korang akan dapat ramai kawan...

5.Tubuh langsing jadi idaman - Tak perlu beli pil kurus or makan ubat diet, sebaliknya korang kena rajin-rajin puasa sunat (ISNIN N KHAMIS), selain tu korang makanlah makanan yang sihat:- makanan HALAL,SAYUR-SAYURAN,BUAH-BUAHAN  DAN MINUM AIR KOSONG 8 GELAS SEHARI (GELAS BESAR LAGI BAIK)

p/s: TUKANG CERITA harap korang cubalah petua ni...insyallah kalau diizinkan korang akan cantik bukan saja pada paras rupa,tapi turut cantik pada hati,iman dan juga setiap amalan korang...klah selamat mencuba yerk...

Thursday 15 March 2012

Pantun ARTIS

Dimulakan dengan bismillah...


Dua tiga kucing berlari 
mana nak sama si kucing belang
dua tiga boleh kucari
mana nak sama Pantun artis alah Temberang

Mari bercucuk cili padi
Mencucuk ke bukit yang tinggi
alah ramai artis sekarang ni
cantik handsome tidak terperi

Berjoget inang alah negeri sembilan
berseni tarian malaysia jadi saksi
pelakon,penyanyi,pengarah jadi pejuangan
menjadi bukti memang meraka anak seni

Popular sudah negeri Melaka
mari makan ikan bakar
sungguh hebat bakat mereka
menjadi pejuang sebagai pendekar

berlari-lari si ikan keli
sambil menangkap terjerat sembilang
sudah berpenat mencari rezeki
mendapat anugerah bukti cemerlang

kais-kais si ayam jantan
mengais cacing di tepi perigi
usah dicanang kisah mereka yang bukan-bukan
kelak terbukti tersalah lagi

satu malaysia perjuangan kini
menjadi kekuatan rakyat jelata
hidup mewah betul ke mereka ni
jangan pula sebuk nak mengata

mencurah air ke daun teratai
terkena pula si daun keladi
jangan sangka mereka tak pandai
diploma,ijazah keluaran universiti

kalu ada jarum yang patah
jangan simpan didalam almari
kalau ada silap dan salah
sila tunggu sambungan pantun ni lagi....

p/s : Mari menulis di tembuk batu
       Menulis cerita tentang kita
       Jangan lupa nak bagitau
       TUKANG CERITA MEMANG HANGAT BERCERITA

Wednesday 14 March 2012

Dimulakan dengan bismillah....

Assalamualaikum..

Salam perkenalan dari aditor C E R I T A K E Y B O A R D.Alhamdulilah akhirnya terbina juga rumah blog nie untuk di jadikan tempah aditor mencurah ilmu,mencurah air,mencurah makanan, dan segalanya yang patut dicurah.Firstly aditor nak memperkenalkan diri sebagai TUKANG CERITA.ermmmm...kenapa mesti guna nama nie?kenapa tak guna nama sendiri?.

Ok TUKANG CERITA ni sebenarnya memiliki nama yang agak best juga.(Terima Kasih to my parents).tapi disebabkan TUKANG CERITA lebih suka buat masa nie menggunakan nama nie. so rasanya untuk first time perkenalan lebih eloklah menggunakan nama ni untuk mudah diingati..

Eh...macam dah banyak pula TUKANG CERITA menulis,rasanya nak tau lebih lanjut apa yang TUKANG CERITA akan buat dengan rumah BLOG C E R I T A K E Y B O A R D, sila sudi-sudilah jadi pengikut setia/selalu/jarang-jarang or ape2 k....