Thursday 15 March 2012

Pantun ARTIS

Dimulakan dengan bismillah...


Dua tiga kucing berlari 
mana nak sama si kucing belang
dua tiga boleh kucari
mana nak sama Pantun artis alah Temberang

Mari bercucuk cili padi
Mencucuk ke bukit yang tinggi
alah ramai artis sekarang ni
cantik handsome tidak terperi

Berjoget inang alah negeri sembilan
berseni tarian malaysia jadi saksi
pelakon,penyanyi,pengarah jadi pejuangan
menjadi bukti memang meraka anak seni

Popular sudah negeri Melaka
mari makan ikan bakar
sungguh hebat bakat mereka
menjadi pejuang sebagai pendekar

berlari-lari si ikan keli
sambil menangkap terjerat sembilang
sudah berpenat mencari rezeki
mendapat anugerah bukti cemerlang

kais-kais si ayam jantan
mengais cacing di tepi perigi
usah dicanang kisah mereka yang bukan-bukan
kelak terbukti tersalah lagi

satu malaysia perjuangan kini
menjadi kekuatan rakyat jelata
hidup mewah betul ke mereka ni
jangan pula sebuk nak mengata

mencurah air ke daun teratai
terkena pula si daun keladi
jangan sangka mereka tak pandai
diploma,ijazah keluaran universiti

kalu ada jarum yang patah
jangan simpan didalam almari
kalau ada silap dan salah
sila tunggu sambungan pantun ni lagi....

p/s : Mari menulis di tembuk batu
       Menulis cerita tentang kita
       Jangan lupa nak bagitau
       TUKANG CERITA MEMANG HANGAT BERCERITA

No comments:

Post a Comment