Monday 14 May 2012

Titian Perjalanan

Di kedinginan malam
Aku terleka menikmati
keindahan malam sungguh mengasyikan
nun jauh sana
terpacar sinaran bintang dan sang purnama

ku renung ke atas
menikmati ciptaan Allah
menakjubkan
tiada tolok banding lagi

air mata menitis tanpa sedar
jernih tiada kotoran
jatuh deras ke ke bumi
akhirnya tepancar jua luahan lubuh hatiku

tiada manusia yang ketawa tanpa punca
tiada manusia yang menagis tanpa keperitan
tiada manusia yang beringat sebelum terlupa
tiada manusia yang berjuang sebelum dikerah
tiada manusia beriman tanpa percaya

titian perjalanan bukan mudah
duri dan liku harus dilalui
jalan tidak semudah disangka
itulah juang ku

dikala mentari bakal muncul
kerisauan melanda diminda

adakah akan memberikanKU manfaat
adakah akan memberikanKU keindahan
bagaimana harus aku hadapi
adakah keindahan malam akan aku nikmati kembali

hanya Tuhan sahaja yang tahu
yang mampu mengetahui setiap kejadian
menjadikan yang buruk itu sempurna
yang baik itu pedoman

tiada persoalan sekiranya iman itu teguh
tiada tangisan bila kekuatan menjadi benteng
ku angkat tangan memanjat kesyukuran

HANYA DIKAU TEMPAT KU
HANYA KEPADA DIKAU LANGKAHKU
OMELANKU BUKAN OMONGAN KOSONG
USAHA,KEGIGIHAN AGAR KU BERJAYA
DIAKHIRAT JUA AKHIRNYA DIRIKU..

by : ceritakeyboard 2012



Tuesday 1 May 2012

Diari Wanita

Mengapa diari yang dicari?
adakah hati mereka tidak didengari
tidak difahami
atau tiada pendengar setia yang mendampingi

diari menjadi penganti diri
mencoret segala hati yang tidak diketahui
perit penderitaan tidak mudah diungkapi
keutuhan kesabarannya tiada tolok bandingan di dunia ini

mengenali hati bukan dari sudut nurani
diari menjadi tempat luahan hati
mencoret kehidupan dinihari
terlalu indah pada saat kebahagian bila dihargai

tangisan wanita bukan untuk dicaci
bukan juga untuk dimaki
hati mereka terlalu kecil untuk lukai
hargailah selagi masih disisi

diari ditulis seribu pengertian
bukan untuk diminta segala simpati
cuma sekadar luahan dari sanubari
dan akhirnya menjadi hiasan duniawi

seindah pelangi ciptaan Ilahi
seindah juga kehadiran wanita ini
selagi tanggungjawab belum terlaksana disini
selagi itu kesabaran,kekuatan menjadi tiang dihati

by: ceritakeyboard 2012